Thursday, 16 March 2017

CERITA 12: Saya nak analisis data tapi tiada SPSS?




Salam semua pembaca, persoalan yang sering dihadapi adalah bagaimana jika kita ingin membuat analisis statistik jika tiada perisian SPSS?

Untuk yang tak tahu, kos pembelian  SPSS (original) mencecah ribuan ringgit tau, melainkan kita nak beli sendiri / atau ditaja oleh supervisor no hal lah. Sesetengah universiti/ kolej mungkin melanggan namun jika lesennya terhad, alamat kempunanlah! Pulak tu nak pakai sekejap aje, rasa tak berbaloi nak beli kan! haha.

Dan masa untuk siapkan tesis pula hanya tinggal 3 bulan sahaja. So apa nak buat? Upah orang lah? 3 hari siap. Haha..masyukk.. taklah semudah itu kan.

Sebenarnya, banyak software lain, atau nak kira open source software (OSS) yang boleh kita gunakan. Masa zaman saya belajar dulu (dah tua pun) universiti saya langgan SPlus. Tapi bila dah stop, kerja di kilang dan bank, pakai excel saja. Zaman buat Master, pakai R.

Anda di luar sana boleh je nak pakai R atau mana2 platform OSS yang lain, namun bagi yang bukan berlatarbelakangkan statistik, mungkin rasaaa adehh pening kepala mana nak blajar perisian lagi, statistik lagi kan, nak siapkan tesis/kerja lagi. adoiyaii.

So yang termudah adalah Microsoft Excel.. Percuma..Hanya perlu add-in pakej "Data Analysis' di bahagian tab atas. Semudah upload gambar kat insta hehe!

Meh di sini saya share langkah mudah untuk add-in pakej ni. 

*(catatan: saya pakai Windows 10)

Pertama 
Open Microsoft  Excel > File > Options

Kedua
Paparan seperti berikut :




Ketiga
Klik Add-Ins > Analysis ToolPak > OK.

Paparan seperti berikut:


Keempat
Paparan 'Data Analysis' akan muncul di tab 'Data'.

Paparan seperti berikut:

Kelima
Klik Data Analysis dan, tadaaaa... silalah pilih mana-mana analisis yang ingin dibuat.

Paparan seperti berikut:



Di sini adalah senarai pilihan yang boleh dilakukan di Excel. Wahhh..banyaknya..best kan?


Tetappp kann.. background nature. 

Namun biasalah bila benda free ni, mesti ada limitationnya. Tapi apa kata, cuba dahulu, belum cuba belum tahu!




Wednesday, 15 March 2017

CERITA 11: 8 Andaian untuk Analisis Linear Berganda (8 Assumptions in Multiple Linear Regression)

Salam semua, hari ni saya kongsikan grafik ringkas untuk ingat 8 andaian yang perlu dipenuhi sebelum kita run Analisis Linear Berganda (Multiple Linear Regression)

Assumptions in MLR

Note:

DV = dependent variable
IV  = independent variable


Perlu diingatkan sekiranya salah satu tersebut tidak dipenuhi, maka kita tidak boleh teruskan kaedah tersebut, dan perlu memperimbangkan kaedah lain.

Namun jika masih berminat, mngkin perlu buat sedikit transformation pada data kita.

Contohnya data kita tidak mempunyai taburan yang normal, kita boleh pertimbangkan kaedah statistik tidak berparameter yang lain. (non-parametric), atau kita melakukan transformation pada data kita menggunakan kaedah sedia ada contohnya seperti log transformation, square root dsbnya.


Sunday, 12 March 2017

CERITA 10: Prosedur dalam Ujian Hipotesis (The Hypothesis-testing procedure)

Salam semua, hari ini saya nak kongsikan, terdapat 6 langkah dalam prosedur ujian hipotesis yang telah diringkaskan seperti berikut:

Kredit artikel asal Vasquez, E. (2003), Notes on Business Education.





Selamat menyambung research anda =)