Thursday 16 March 2017

CERITA 12: Saya nak analisis data tapi tiada SPSS?




Salam semua pembaca, persoalan yang sering dihadapi adalah bagaimana jika kita ingin membuat analisis statistik jika tiada perisian SPSS?

Untuk yang tak tahu, kos pembelian  SPSS (original) mencecah ribuan ringgit tau, melainkan kita nak beli sendiri / atau ditaja oleh supervisor no hal lah. Sesetengah universiti/ kolej mungkin melanggan namun jika lesennya terhad, alamat kempunanlah! Pulak tu nak pakai sekejap aje, rasa tak berbaloi nak beli kan! haha.

Dan masa untuk siapkan tesis pula hanya tinggal 3 bulan sahaja. So apa nak buat? Upah orang lah? 3 hari siap. Haha..masyukk.. taklah semudah itu kan.

Sebenarnya, banyak software lain, atau nak kira open source software (OSS) yang boleh kita gunakan. Masa zaman saya belajar dulu (dah tua pun) universiti saya langgan SPlus. Tapi bila dah stop, kerja di kilang dan bank, pakai excel saja. Zaman buat Master, pakai R.

Anda di luar sana boleh je nak pakai R atau mana2 platform OSS yang lain, namun bagi yang bukan berlatarbelakangkan statistik, mungkin rasaaa adehh pening kepala mana nak blajar perisian lagi, statistik lagi kan, nak siapkan tesis/kerja lagi. adoiyaii.

So yang termudah adalah Microsoft Excel.. Percuma..Hanya perlu add-in pakej "Data Analysis' di bahagian tab atas. Semudah upload gambar kat insta hehe!

Meh di sini saya share langkah mudah untuk add-in pakej ni. 

*(catatan: saya pakai Windows 10)

Pertama 
Open Microsoft  Excel > File > Options

Kedua
Paparan seperti berikut :




Ketiga
Klik Add-Ins > Analysis ToolPak > OK.

Paparan seperti berikut:


Keempat
Paparan 'Data Analysis' akan muncul di tab 'Data'.

Paparan seperti berikut:

Kelima
Klik Data Analysis dan, tadaaaa... silalah pilih mana-mana analisis yang ingin dibuat.

Paparan seperti berikut:



Di sini adalah senarai pilihan yang boleh dilakukan di Excel. Wahhh..banyaknya..best kan?


Tetappp kann.. background nature. 

Namun biasalah bila benda free ni, mesti ada limitationnya. Tapi apa kata, cuba dahulu, belum cuba belum tahu!




No comments:

Post a Comment