Wednesday 1 March 2017

CERITA 8: Independent sample t-test (ujian-t sampel tidak bersandar)


Independent sample t-test/ 2 sample t-test (Ujian t-sampel tidak bersandar)

Bila kita harus guna?

Digunakan apabila kita ingin membuat perbandingan min antara dua kumpulan yang tidak bersandar pada sesuatu pembolehubah selanjar. Ingat! 2 KUMPULAN SAHAJA TAU!! (lelaki vs perempuan), (bekerja vs tidak bekerja) dan lain-lain. Jika anda nak compare lebih daripada dua, gunakan 1 way ANOVA.

Contohnya; kita hendak mengkaji adakah terdapat perbezaan min pendapatan bulanan isi rumah mengikut status perkahwinan samada berkahwin atau bujang. 


Pic di atas sekadar hiburan. haha  #mudahterhibur #donttakethingstooserious



Dalam kes ini:

DV (dependent variable/ pemboleh ubah bersandar): pendapatan

IV (independent variable/ pemboleh ubah tidak bersandar): status perkahwinan (bujang vs berkahwin)

Namun sebelum kita mengklik butang-butang di SPSS, macam biasa kita harus melepasi beberapa andaian seperti berikut:




ok. lazimnya kajian dalam bidang sains sosial, atau apa sahaja contohnya customer satisfaction, DV kita adalah dalam bentuk likert scale, ok sekiranya likert scale kita sekurang-kuranya ada 5 ukuran (cth: sangat tidak setuju : 1 ------> sangat setuju : 5), data dalam likert scale kita katakan underlying continuum, so kita boleh anggap DV (dalam bentuk likert scale) sebagai continuous variable.


Tiada nilai terpencil (outliers) yang signifikan, kita boleh semak dengan pelbagai cara antaranya box plot, Mahalanobis Distance dll.


OK. lain masa akan sambung lagi..














2 comments: