Sunday, 12 February 2017

CERITA 5: Ukuran Skala Likert (Likert Scale) dalam Soal Selidik

OK. Skala likert dalam borang soal selidik, seeloknya berapa banyak ukurannya?


Credit: Google


Contoh: Bulatkan skala mengikut tahap persetujuan anda

Penyataan:

Saya bangga menjadi rakyat dan warganegara Malaysia.



Credit: Google


Sebaiknya, kita gunakan sekurang-kurangnya 5(lima) ukuran iaitu,

 1=Sangat Tidak Setuju
 2=Tidak Setuju
 3=Tidak Pasti/ Neutral
 4=Setuju
 5=Sangat Setuju

Ini kerana lebih banyak ukuran pada skala likert, lebih banyak variability dalam data kita. Contohnya jika kita gunakan skala likert antara 1 hingga 10, sudah tentu lebih banyak pattern yang boleh diterjemahkan beserta output yang menarik. 

Namun harus diakui, masyarakat di Asia lebih cenderung untuk bersikap berhati-hati terutama apabila menjawab soal selidik. Tidak seperti kebanyakan masyarakat di Barat yang lebih terbuka untuk menyatakan pendirian mereka. Jadi semakin banyak ukuran dalam skala likert itu mungkin membuatkan responden berasa kurang selesa, seterusnya mungkin mengakibatkan kajian kita tidak memberi gambaran dalam populasi  sebenar.

Walaupun secara asalnya kita lihat skala likert ini merupakan pemboleh ubah ordinal, namun jika ia mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahap pengukuran, kita panggilkannya sebagai 'ordinal with underlying continuum'. Dengan itu, kita boleh analisis menggunakan mean (purata) dan dapat meneruskan analisis data kita untuk ujian hipotesis selanjutnya (t-test, regression dll).





1 comment:

  1. assalamualaikum, boleh jelaskan maksud ordinal with underlying continuum? Boleh berikan bahan bacaan berkaitan? Bagaimana jika kita menggunakan lkert type scale? terima kasih

    ReplyDelete