Gambar saja carik pasal: Credit sate kajang Haji Samuri |
Salam semua, dah lama tak update di sini.
Hari ini saya nak kongsikan mengenai cara untuk jalankan validity test. Seperti yang diketahui, sesuatu ukuran itu dikatakan 'sah' apabila ia mengukur apa yang sepatutnya diukur. Ada beberapa kaedah untuk tentukan/ menilai kesahan instrumen, antaranya:
1. Content validity
a) Face validity
b) Logical validity
2. Criterion related validity
3. Construct validity
a) Factorial validity
Tetapi yang menarik minat saya adalah berkenaan kaedah (3a)
Kaedah 3(a) boleh ditentukan menggunakan teknik faktor analisis di SPSS. Selalunya instrumen yang diukur adalah dalam skala likert.
By default saya akan klik di SPSS > Analyze > Dimension Reduction > Factor >:
Masukkan item-tem/soalan dalam sola selidik bagi konstruk yang dikehendaki dalam ruangan 'Variables'.
Klik juga nilai KMO Bartlett - untuk semak adakah sesuai untuk kita run analisis faktor. Jika nilai KMO ini > 0.5, kaedah untuk menggunakan analisis faktor adalah tepat.
Extraction > pilih Principal Component
Rotation > Varimax
Output yang terhasil, kita tgk jadual yang memaparkan 'Rotated Component Matrix'. Jika semua item 'load' di bawah 1 faktor sahaja, ini menyokong andaian bahawa kesemua item ini mengukur 1 konstruk yang sama.